BY
NURA SYIKIN
RESEPI PAGI
Makaroni Goreng Selera Timur
BAHAN-BAHAN
Makaroni (rebus dan tuskan) 150 g
Bawang merah 3 biji
Bawang putih 2 ulas
Daging cincang 300 g
Lobak merah (dicincang) 100 g
Daun sadero (dihiris) 50 g
Cili merah (dicincang) 2 biji
Cili padi 2 biji
Telur 1 biji
Sos asas pasta tomato 2 cawan
Sos tiram 2 sudu besar
Garam secukup rasa
Lada putih secukup rasa
CARA-CARANYA
1. Masakkan pasta di dalam air yang banyak dan menggelegak. Angkat dan tuskan.
2. Kemudian, tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dicincang.
3. Masukkan daging cincang dan lobak merah, biarkan daging betul-betul masak.
4. Selepas itu, masukkan pula cili merah, cili padi, sos tiram, dan sos asas pasta tomato. Biarkan kering sebentar sebelum dimasukkan telur.
5. Kemudian masukkan daun saderi, makaroni dan kacau sehingga sebati.
6. Akhir sekali masukkan garam dan lada putih.
#Kebaikan lobak merah menurut IMAM AL-SYA'RANI makan lobak merah boleh membaiki hati dan mengelak kelupaan#
0 comments:
Post a Comment